skamis.zoom-a.com
SK AGAMA SARIKEI
JLN RENTAP,KG BARU SEBERANG Tel : 084-655920, Faks :     e-mel : skamis_yca6101@yahoo.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | LOGO SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | Bangunan | BERITA TERKINI | DOA SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | FALSAFAH SEKOLAH | SPBT | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | PANORAMA | SEJARAH | STAFF JQAF | VISI & MISI |

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH PENUBUHAN SK(A) MAJLIS ISLAM SARAWAK, SARIKEI. Sekolah Kebangsaan Agama Majlis Islam Sarawak Sarikei, ditubuhkan pada tahun 1992 oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Pada ketika itu SK Agama tidak mempunyai bangunan sendiri. Namun demikian, masalah bangunan bukanlah satu penghalang kepada Kerajaan Negeri Sarawak untuk menubuhkan Sekolah Kebangsaan Agama di Bahagian Sarikei.

Justeru itu, seorang pegawai dari Jabatan Agama Islam Sarawak telah dihantar ke Sarikei untuk meninjau dan mencari bangunan sementara. Pada permulaannya pilihan pertama ialah bangunan LAKISRI ( di atas Premis Sugar Bun ) . Memandangkan ketidaksuaian sekolah beroperasi di atas premis makanan , maka pegawai tersebut telah meninjau bangunan lain di sekitar Sarikei. Akhirnya Bangunan MAKSAK Bahagian Sarikei telah dipilih kerana kesesuaiannya untuk dijadikan sekolah sementara.

Maka sesi persekolahan SK Agama MIS Sarikei pun mula beroperasi pada 1 Disember 1992 di Bangunan MAKSAK Bahagian Sarikei dengan En. Ali Bin Bujang sebagai Guru Besar pertamanya.

Pada awal penubuhannya, tenaga pengajar adalah seramai enam orang iaitu 4 orang guru dari Jabatan Pendidikan dan dipertanggungjawabkan untuk mengajar matapelajarasn teras manakala 2 orang guru dari Jabatan Agama Islam Sarawak pula bertanggungjawab mengajar mata pelajaran Bahasa Arab.

Pengambilan awal pelajar adalah seramai 50 orang iaitu 25 orang pelajar lelaki dan 25 orang pelajar perampuan. Kemasukan pelajar tersebut adalah setelah lulus menduduki Ujian Kemasukan Ke Tahun satu Sekolah Agama yang dikendalikan bersama oleh Jabatan Pendidikan Bahagian dan Jabatan Agama Islam Sarawak.

Memandangkan Bangunan MAKSAK tidak dapat menampung bilangan pelajar yang bertambah setiap tahun, maka Jabatan Agama Islam Sarawak dangan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak telah membina sebuah sekolah bangunan sementara di tapak sebenar iaitu di Lot 1150 Kampung Seberang, Jalan Rentap, Sarikei. Sesi persekolahan di tapak sebenar pun bermula pada 10 Mac 1997.

Setelah sekian lama menanti, bangunan tetap yang baru telah siap dibina pada 1 Ogos 2002. Bangunan tetap ini telah digunakan sepenuhnya mulai 2 Ogos 2002 hingga sekarang.

Senarai nama-nama Guru Besar yang pernah bertugas di Sekolah Kebangsaan ( A) Majlis Islam Sarawak, Sarikei.

1. Encik Ali Bin Bujang 14.11.1992 hingga 20.07.1993

2. Awg.ku Ibrahim Bin Awg. Hussein 21.07.1993 hingga 09.07.1995

3. Puan Maria Bt. Razali 10.07.1995 hingga 20.04.1097

4. En. Nasir Bin Masani 21.04.1997 hingga 30.12.1997

5. En. Abd. Aziz Bin Muraee 31.12.1997 hingga 24.11.1998

6. Cik. Husfa Bt. Jamaluddin 25.11.1998 hingga 02.11.2001

7. En. Mahdi Bin Ain 03.11.2001 hingga 04.11.2002

8. En. Aziz Bin Bawi 05.11.2002 hingga 16 Jun 2007

9.Ustaz mahdi B. Ain 01 September 2007 Hingga sekarang


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: